Dalam
satu perasmian mesyuarat agung PAS di satu kawasan di era reformasi
Mahfuz Omar yang ketika itu Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat menyatakan
betapa ahli PAS akan mudah kagum kepada sesorang yang petah berkata dan
bertitle seperti ustaz, haji dan bermacam macam title lagi.
Katanya
lagi nasib baik keADILan di tubuhkan, jika tidak sudah tentu Marina
Yusof yang ketika itu menjadi Naib Presiden keADILan akan menjadi ketua
muslimat Pas kerana sifat mudah kagum ahli Pas.
Sememangnya
kata2 Mahfuz itu ada kebenarannya. Ianya bukan saja berlaku kepada Pas
tapi di kalangan orang melayu tanpa mengira apa parti dan organisasi
pun. Kiranya anda seorang yang petah bercakap walaupun tanpa fakta
bersiap sedialah anda akan di lantik sebagai ajk parti, PIBG, masjid dan
apa saja mesyuarat yang anda hadiri...
Kelemahan
atau sifat sebegini telah di ambil kesempatan oleh mereka2 yang
mempunyai cita cita untuk memegang jawatan dalam parti. Kelemahan ini
juga telah memberi peluang kepada perisik perisik UMNO @ pihak
keselamatan untuk menyusup masuk ke dalam organisasi parti.
Sejarah
telah membuktikan segalanya yang telah terjadi terhadap mereka2 atau
parti2 yang menjadi penentang BN/Perikatan. Perisik periksik ini adalah
mereka2 yang berjawatan penting dalam organisasi dan parti. Tugas mereka
adalah mengeluarkan maklumat parti dan yang keduanya memporak
perandakan parti.
Lihat
saja setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Le Tek adalah seorang
perisik kepada Perancis. Siapakah antara ahli PKM akan terlintas di
hatinya seorang yang berjawatan tertinggi dalam PKM adalah seorang ajen
kuasa luar. Akibatnya hampir kesemua Jawatankuasa PKM Pusat mati akibat
di serang hendap oleh pihak British yang askar2nya adalah orang melayu
yang kononnya pejuang kemerdekaan. Segala maklumat PKM berjaya di
tembusi oleh pihak British.
Bagaimana
pula dengan cerita Zaid Zahari 2 jam sebelum beliau diISAkan selama 23
tahun. Bukankan perisik itu adalah di kalangan AJK tertinggi parti.
Bukalah sejarah Memali. Siapakah yang menjadi dalang dalam memberi
maklumat kepada pihak polis?
Begitu
juga dengan cerita Lee Kuan Yew bekas Perdana Menteri Singapura dalam
bukunya The Singapore Story : Memoir Of Lee Kuan Yew menceritakan
bagaimana beliau turut menjadi sasaran pihak polis cawangan khas sebelum
beliau menjadi perdana menteri Singapura.
Baca
juga kisah2 tahanan ISA apakah antara tawaran yang mereka terima
sekiranya mahu diri mereka di bebas dengan segera. Bukankah tawaran itu
ialah kesanggupan tahanan ISA menjadi ajen kepada pihak polis sama ada
di dalam masyarakat mahu parti politik yang telah di tentukan oleh pihak
polis selepas mereka di bebaskan.
Kekalutan
yang berlaku kebelakangan ini di kalangan Pakatan rakyat khususnya di
dalam PAS sendiri tidak lari dari peranan perisik perisik yang berada di
dalam parti itu sendiri. Mungkin jika di sebutkan di sini siapakah
perisik perisik polis yang boleh di syaki di dalam Pas sudah tentu ianya
akan menjadi satu perdebatan yang tidak ada nohtahnya kerana orang Pas
tak mungkin dapat di terima jika yang di syaki itu bertitlrkan USTAZ.
Teorinya :
Sekiranya ajen tersebut kita andaikan seorang bekas tahanan ISA.
Setiap
tahanan ISA akan di tawarkan beberapa pilihan jika mereka mahu segera
di bebaskan selain ugutan. Antara tawaran itu ialah :
1. Mengaku atas segala tuduhan yang di lemparkan kepadanya.
2. Mengaku dan menyesal di atas penglibatan di dalam parti pembangkang.
3. Memilih mana mana parti kompenan BN sebagai wadah perjuangan jika di bebaskan.
4. Membuat tuduhan segala kerja yang bertentangan dengan undang2 adalah arahan dari parti atau pun pimpinan parti.
5. Bersetuju untuk menjadi mata dan telinga serta agen propaganda polis di dalam parti, organisasi dan masyarakat.
Kita ambil perkara yang ke 5.
Bagi
tahanan yang sudah tidak tertahan lagi dengan segala deraan mental dan
memilih untuk menjadi ajen kepada pihak polis ianya akan terbahagi
kepada 2 kerja iaitu ;
1. Menjadi seorang yang mengeluarkan maklumat dan rahsia parti.
2. Menjadi seorang yang membuat propaganda untuk memecah belahkan parti.
Bagaimana bekas tahanan ISA ini melolos diri di dalam parti pembangkang terutamanya PAS?
1.
Tahanan ini akan memuncak namanya bila beliau di tahan dalam ISA lebih2
lagi beliau adalah seorang bekas aktivis parti sebelum dia di tahan dan
mendapat liputan media seperti harakah.
2.
Apabila di bebaskan beliau akan di sambut sebagai seorang wira yang
berjaya mengharungi dugaan di dalam tahanan dan mula berjinak dengan
ahli2 Pas di tempat beliau di arahkan untuk menyusup masuk ke dalam
jawatankuasa parti
3.
Selepas tamat tempoh edah tahanan di rumah beliau akan terus menjadi
seorang ahli yang aktif di dalam parti sambil menjadi tenaga pengajar di
markas2 pas untuk menarik sokongan ahli bila ada mesyuarat agung parti.
4.
Ahli pas yang sudah sinonim dengan kekaguman mereka dengan title ustaz
tidak teragak agak untuk mencalonkan Ajen propaganda ini sebagai seorang
yang penting di dalam organisasi di peringkat kawasan. Selalunya ini
akan terus ke kepuncak iaitu jawatan Yang Di Pertua Pas kawasan.
5. Ajen propaganda ini akan sentiasa mendapat nasihat dan panduan daripada pihak polis di dalam semua urusan perancangan parti.
6. Perkara yang pertama yang Ajen propaganda ini akan lakukan setelah menjadi pemimpin tertinggi PAS di peringkat kawasan ialah
a. mencantas semua aktivis parti yang lebih pandai daripadanya atau yang dia rasa tidak boleh mengikut kehendaknya.
b. Melantik ajk kawasan mengikut kehendak hatinya di kalangan orang2 yang bodoh dan angguk2 tapi tidak boleh geleng2.
c. Memonopoli pentadbiran kawasan, pemuda dan muslimat dengan meletakan keluarganya sebagai ketua dan ajk
d.
Menawarkan dirinya sebagai orang2 penting dalam organisasi di bawah Pas
seperti Pemuda, muslimat dan Unit amal seperti menjadi Naqib dan
sebagainya.
e.
Ajen propaganda ini akan terus menjadikan dirinya sebagai seorang yang
mempunyai kuasa veto dalam membuat keputusan dalam segala segala hal.
f.
Seterusnya melobi dirinya dan orang bawahannya untuk terus melolos diri
di dalam jawatankuasa perhubungan negeri dan akhirnya ke pusat.
7.
Kejayaan Ajen propaganda ini dalam mendapat tempat di dalam organisasi
parti akan terus di pecah2kan kerjanya kepada beberapa tindakan seperi
membuat propaganda di dalam parti. Antaranya ialah :
a. Memecah belah perpaduan PAS di peringkat cawangan dengan mewujudkan klip2 tertentu iaitu pro beliau dan sebaliknya.
b. Menghasut ajk kawasan dan cawangan serta dewan2 untuk membenci pakatan rakyat iaitu DAP dan PKR serta Dato’ Seri Anwar.
c. Menimbulkan isu perkaumanan yang sempit.
d. Melarang ahli PAS membantu parti2 lain di dalam
Rakyat.
e. Melaga lagakan ahli Pas dengan ahli PKR dengan mencipta berbagai isu di dalam usrah dan mesyuarat.
f.
Meminta berbagai jawatan di dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti
JKKK dan ahli majlis di berikan kepada Pas terutamanya kroninya.
g. Merancang segala konspirasi senyap untuk terus membuat rakyat membenci Pas dan Pakatan Rakyat.
8. Hasilnya ialah
a.
Berlakulah perpecahan di dalam Pas. PKR dan DAP menjadi musuh dengan
alasan Pas tidak mendapat tempat di dalam pentadbiran kerajaan negeri.
b. Boikot Pemuda Pas Pulau Pinang dan beberapa kawasan2 dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.
c. Keluarlah kenyataan senada dengan UMNO dari perwakilan pemuda di dalam muktamar bahawa dato’ Seri Anwar adalah ajen USA.
d.
Suara ahli tidak sampai lagi di telinga Pimpinan tertinggi kerana si
perisik durjana ini akan menapis segala keluhan daripada ahli dari
sampai keatas.
e. Segala keputusan dan maklumat parti sentiasa bocor.
Dengan
itu berhati hatilah dengan manusia yang kamu sangka seorang yang hebat
berjuang dan petah ayat qurannya. Mereka ini berada di sekeliling anda.
Mereka
ini mungkin pemimpin anda. Jangan mudah kagum dengan orang yang keluar
dari ISA kerana ada antara bekas tahanan ISA ini telah mementerai satu
perjanjian dengan pihak polis. Berhati hatilah dengan mereka yang
meminta jawatan.
Terpulanglah
kepada penilaian pembaca sekalian di atas tulisan ini. InsayaAllah
segalanya akan terbongkar. Hanya masa yang akan menentukan bila ianya
akan berlaku.
Apa
yang ditakutkan oleh si perisik durjana ini ialah jika kerajaan yang
ada sekarang berubah kerana apabila semua pentadbiran keselamatan Negara
bertukar tangan segala rahsianya akan bocor.
Perisik
ini tidak mungkin akan dapat berlindung lagi bila segala fail pihak
keselamatan akan di buka semula oleh Menteri Dalam negeri yang baru.
Ketika itu rakyat akan tahu siapakah dalang di atas segala yang terjadi
pada hari ini.
Oleh
kerana itu perisik ini akan sentiasa memastikan BN akan terus berkuasa
agar rahsianya akan terus tersimpan, tetapi di mungkin lupa di
sebelahnya juga punya perisik yang tidak pernah tidur.
dari wasiatpejuang.blogspot.com
26 Oktober 2011
.jpg)
No comments:
Post a Comment